16 December 2011

Katakan Tak Nak!

"Katakan Tak Nak! kepada rokok!"
"Smoking kills!"
"Stop smorking!"
"Setiap sedutan membawa maut!"

Mungkin kita biasa dengar ucapan ini atau terbaca ungkapan ini. Adakah ia memberi kesan?
Berapa ramai yang sedar tentang kempen ini untuk kebaikkan bersama?

Kenapa anda perlu #taknak?


Apakah kesan-kesan jangka pendek?
• Otak - Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak  tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya
• Telinga  - Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak
• Mata  - Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu
daya penglihatan
• Mulut  - Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak, Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut, Gigi menjadi kuning
• Hidung  - Mengurangkan deria bau
• Kulit  -   Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut
• Paru-paru- Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan



Apakah kesan-kesan jangka panjang?
• Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
• Penyakit Jantung
• Angin Ahmar / Strok
• Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
• Penyakit mulut dan gusi
• Ulser (perut, peptic)
• Osteoporosis
• Kemandulan (tidak boleh hamil)
• Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
Sumber: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Mental/MEROKOKKesankepadatubuh.pdf


Semoga kesan dari merokok tersebut memberi kesedaran kepada kita untuk tidak merokok.

Merokok bukan sahaja memberi kesan kepada perokok tetapi orang disekeliling juga! Malah lebih membimbangkan, asap rokok memberi kesan lebih buruk kepada yang berada disekeliling perokok! Jika tidak fikirkan tentang diri sendiri, sekurang-kurangnya fikir tentang mereka yang berada di sekeliling kita.

Mulakan kehidupan dengan gaya hidup yang sihat. Dapatkan maklumat mengenai kehidupan yang sihat melalui laman web www.gayahidupsihat.my. Terdapat pelbagai informasi yang boleh dijadikan panduan daripada laman web tersebut. Melayari laman web www.gayahidupsihat.my merupakan langkah pertama untuk anda ke arah lebih sihat.

Tiada yang lebih penting berbanding kesihatan anda. Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Tiada guna memiliki wang berjuta tetapi kesihatan tidak baik.

Dengan Tak Nak! kepada rokok, anda bukan sahaja boleh ke arah gaya hidup sihat tetapi juga berjimat! Duit  yang dilaburkan membeli rokok boleh dibelanja untuk perkara lain yang lebih berfaedah.



Mungkin entry ini tidak memberi kesan kepada anda untuk kearah hidup lebih sihat tetapi sekurang-kurangnya ia memberi maklumat kepada anda dan diri saya sendiri.
Jom sertai "photo contest" untuk kempen kesedaran bersama
Kempen ini adalah selaras dengan penganjuran peraduan Gaya Hidup Sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ingin duit free? Jom sertai pertandingan fotografi "Tak Nak Merokok" untuk memenangi hadiah bernilai lebih dari RM4,000.00. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://gayahidupsihat.my.


EmoticonEmoticon