03 December 2011

Gambar Hari Ini - Gigi kekal

Salam 1Malaysia kepada semua rakan-rakan.

Gigi kekal Azfar mula tumbuh. Oleh kerana gigi susu masih ada, maka ia mula keluar di belakang. Gigi susu telah goyang tapi masih gagal untuk dicabut.

Sop telah cuba pujuk Azfar untuk berjumpa doktor gigi tetapi tidak berjaya. Pelbagai persoalan dikeluarkan oleh Azfar seperti berikut:
- Macam mana hendak makan kalau gigi tiada?
- Pergi sekolah macam mana tiada gigi?
- Gigi dah tak cantik kalau dah cabut!

Berkeras juga beliau tak nak! Dalam proses memujuk untuk berjumpa doktor untuk dapat pandangan doktor. Ini kerana gigi Azfar semua dalam keadaan sangat baik.

Azwar pula yang sibuk hendak jumpa doktor gigi! Iks iks iks

Ada pandangan?




EmoticonEmoticon