27 December 2011

DiGi iPhone 4SURE 4 ME

klik untuk animasi
Salam 1Malaysia semua rakan.

Siapa hendak iPhone 4S?
Sop pasti ramai yang mengangkat tangan ingin memiliki gajet ini. Tahu guna atau tidak adalah perkara kedua. Yang penting, memiliki sesuatu yang hebat adalah satu keinginan yang ada pasa setiap manusia. Cuma kadar kemampuan yang berbeza menjadikan keinginan adalah terhad.

Jika tahu menggunakan keseluruhan fungsi yang ada pada iPhone 4S, lagi berbaloi-baloi memilikinya.

Jika ditanya kepada Sop, kena hendak sangat iPhone 4S ini? Jawapan pasti panjang, mungkin seminggu dibaca baru habis. Tetapi untuk menjimatkan masa pembacaan anda, Sop ringkaskan kenapa :)

Canggih
Sebagai seorang yang berciri moden, Sop perlu menggunakan peralatan canggih. Semua alatan perlu canggih termasuk dengan iPhone 4S ini. Apabila dikategori dengan canggih, ia bermaksud iPhone 4S banyak perkara boleh dilakukan yang mana bukan sekadar telefon sahaja. Antara fungsi yang diperlukan oleh Sop dalam iPhone 4S ialah:

  • Internet - Gajet yang pantas dengan akses yang meluas untuk berhubung dengan maklumat setiap masa, ketika dan tempat. Jangan lupa pelan internet DiGi :)
  • Multimedia -  Video, musik, filem dan sebagainya perlu di dalam poket seluar
  • Sosial - Cari, jumpa, kongsi, berhubung tanpa batasan melalui iPhone 4S
  • Permainan - Untuk rehatkan minda, mengasah bakat dan menguji kehebatan dengan permainan yang pelbagai
  • GPS - Jika tersesat atau disaat memerlukan jalan
  • Dan sebagainya yang perlu ada (Kalau teruskan, 4 hari lagi baru habis cerita)
Bergaya
Bolehkah bergaya dengan iPhone 4S?
Dengan iPhone 4S, kita sendiri rasa bergaya dan seorang yang terkini. Ia boleh membentuk motivasi yakin kepada diri sendiri. (Namun bukan menjadi ego yer) Bayangkan jika rakan-rakan melihat anda menggunakan iPhone 4S. Pasti kelihatan cukup bergaya :)

Boleh berinteraksi
Bolehkah kita bercakap dengan iPhone 4S?
Itu kelebihan yang ada pada iPhone 4S. Kalau bosan tiada rakan hendak berbual, boleh bersembang dengan "Siri". Kalau hendak tahu, "Siri" adalah robot yang berada dalam iPhone 4S untuk menjawab sebarang pertanyaan anda. Boleh terus berbual-bual atau melalui dengan teks. Hebat tak? Hanya iPhone 4S sahaja yang ada, kalau telefon lain mesti kena call kawan untuk berbual-bual. Agak-agak, ada yang jatuh hati dengan "Siri" tak nanti?

Rasanya dengan tiga sebab di atas telah menunjukkan betapa kuatnya keinginan Sop untuk memiliki iPhone 4S. Itu baru sedikit yang diceritakan. Banyak lagi kelebihan-kelebihan yang ada pada iPhone 4S. Untuk bagi rasa cemas, Sop cerita sedikit sahaja dahulu. Selebihnya, anda boleh ke DiGi Store untuk dapatkan sendiri iPhone 4S. Kemudian, cerita dengan Sop betul atau tidak apa yang telah dinyatakan di atas.

Anda ingin juga? Sila dapatkan promosi mampu milik DiGi di sini.





EmoticonEmoticon