07 December 2011

Bermasalah dengan kipas lampu di rumah

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.

Apa cerita hari ini?

Cerita Sop untuk hari ini ialah kipas lampu yang bermasalah dan menggangu kehidupan seharian. Macam teruk sahaja bunyinya :)

Masa pindah hari hari itu, Sop beli kipas berlampu buatan China. Design yang menarik dan harga berpatutan.

Tiada sebarang masalah sejak penggunaannya kecuali setiap kawalan jauh kipas tersebut berfungsi untuk semua kipas. Sop telah membeli 3 buah kipas untuk 3 bilik. Apabila semua kipas di "on", satu kawalan jauh akan memberi kesan semua kipas. Walaupun pintu bilik ditutup, kipas di bilik lain masih boleh menerima kawalan tersebut. Apabila tekan butang lampu, semua akan menyala atau sebaliknya. Bila tekan kelajuan rendah, semua rendah dan juga sebaliknya.

Sop telah mencuba beberapa perkara seperti menyorok antena kipas dalam sarung penutup tetapi tidak berjaya. Letak kawalan jauh dari bilik tetapi tidak berjaya juga.

Baru ini, Azfar demam dan batuk, oleh itu kipas tidak boleh dipasang laju. Apabila tekan perlahan, semua kipas akan perlahan. Sudah menjadi masalah dalam kawalan tersebut.

Ini terjadi apabila menggunakan kipas yang tidak baik. Di ruang tamu, Sop ada letak 2 jenis kipas yang sama tetapi tiada masalah di atas.

Sekira rakan-rakan mempunyai maklumat atau pandangan, mohon dikongsi untuk menyelesaikan masalah ini.

Terima kasih kerana membaca entry ini :)


EmoticonEmoticon