29 November 2011

Sterika terbakar - suasana cemas dipagi ini

Salam 1Malaysia kepada semua rakan-rakan.
Moga kita semua sentiasa dilindungiNya.

Hari ini berlaku detik cemas dalam rumah Sop yang mana semasa persiapan untuk ke kerja tiba-tiba sterika meletup dan terbakar. Semasa itu, Mrs Sop sedang mengosok baju kerja Sop. Wayar yang berhampiran dengan sterika telah mengalami litar pitas dan terbakar.

Ketika Mrs Sop memanggil Sop, kelihatan api sedang terbakar pada wayar sterika tersebut. Dengan pantas Sop menutup suiz elektrik dan memadamkan api tersebut.

Akibat letupan wayar tersebut, tangan Mrs Sop telah melecur.

Alhamdulillah kerana tiada kejadian lebih buruk. Hanya sterika yang rosak, kain papan sterika berlubang dan sedikit tangan Mrs Sop melecur.

Sterika tersebut memang lama Sop pakai iaitu sejak zaman bujang lagi. Lebih kurang 7 tahun ia telah menabur bakti dan tiba masanya ia ditukar.

Galeri gambar:






EmoticonEmoticon