06 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakan-rakan.

Bagi yang menjalankan ibadah korban, semoga ia diterima oleh Allah S.W.T.

Makan daging tu, ingat-ingat juga kesihatan.

Sop menyambut Aidil Adha di Kuala Lumpur. Hendak balik kampung tidak cukup hari kerana cuti sehingga Isnin sahaja. Perjalanan balik Terengganu pun memakan setengah hari. Jadi ia tidak berbaloi jika hanya balik sehari sahaja.

Bagi yang memandu balik ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat pergi dan kembali.



EmoticonEmoticon