Berada di Hotel Heritage, Ipoh, Perak
Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan.
Semoga senyum sokmo kerana senyum adalah satu sedekah. :)
Hari ini Sop berada di Hotel Heritage Ipoh kerana menghadiri tugasan pejabat. Perancangan bersama rakan pejabat adalah untuk ke sini menggunakan motor. Selepas sahaja tugasan di Putrajaya, kami terus ke Ipoh tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan. Jika kami bertolak disebelah pagi mungkin cuaca mengizikan. Selesai tugasan di Putrajaya ialah pada jam 4.30 petang dan apabila sampai di KL, maklumat dari rakan yang telah bertolak aeal ke Ipoh memaklumkan sepanjang jalan adalah hujan.
Kami akhirnya mengambil keputusan menggunakan kereta sahaja ke Ipoh. Perjalanan adalah sesak dari KL ke Plaza tol Jalan Duta dan bergerak lancar selepas Sungai Buluh. Kami tiba di Hotel Heritage pada jam 8.45 malam.
Ini adalah kali pertama Sop berada hotel ini. Sebelum ini biasa lalu sahaja :)
Hotel yang menarik dan selesai. Perkara lain mengenai hotel ini akan dimasukan dalam entry akan datang.
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon