16 November 2011

Berjiran dengan student, ada masalah?

Salam 1Malaysia semua rakan-rakan.
Semoga happy sokmo yer :)

Straight kepada tajuk, bila berkaitan dengan pelajar mesti ada masalah. Student kolej ker, student IPT ker atau lain-lain. Bila rumah dijadikan asrama, banyak perkara yang kurang menyenangkan akan berlaku berbanding asrama khas untuk pelajar.

Sekarang ini, banyak kolej yang menjadikan apartment sebagai asrama. Di rumah lama Sop, turut dijadikan asrama oleh sebuah kolej. Masa itu, memang ramai student yang kelihatan. Macam-macam perkara boleh dilihat seperti berdating, bercinta kaki lima, melalak sana sini dan sebagainya. Apabila mereka berpindah, suasana menjadi tenang dan hilang perkara seperti sebelum ini.

Sekarang ini, apabila berpindah ke rumah baru banyak juga rumah yang dijadikan asrama. Depan rumah Sop pun adalah asrama. Antara masalah dihadapi sekarang ini ialah suasana bising. Bila mandi kolam macam dorang sahaja yang tinggal di sini. Terpekik terlolong gembira sangat mandi kolam. Dah malam tu, pikir-pikir orang lain yang hendak menonton atau berehat (ayat macam marah jer. Heheheh)

Malam ini pula, jiran student depan rumah berpakat borak pula depan rumah. Tergelak sana sini dah la jam 12 malam. Kalau hendak borak pun, pikir-pikir orang lain yang mungkin terganggu dengan hilaian ketawa yang kurang best tu. :)

Sop pun pernah melalui zaman student dan kesedaran sivik memang kurang mengenai masyarakat sekitar. Masa tu, Sop memang berada dalam asrama dan jadi semua berada disekitar adalah pelajar. Apa yang berlaku adalah sesama pelajar dan tidak timbul banyak masalah. Apabila asrama berada di rumah yang terdiri pelbagai lapisan masyarat, itu yang akan membawa munculnya masalah.

Sehubungan itu, pihak pengurusan kolej yang menyediakan pekej asrama seperti ini perlu memaklumkan kepada pelajar (taklimat awal) tentang perkara ini. Selain itu, pelajar sendiri perlu sensetif dengan masyarakat dan persekitaran.


1 comment:

  1. ermm...memang susah kalau berjiran dengan pelajar macam ni kan....nak tegur salah tak tegur pun salah...

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon