30 November 2011

Jom pasang kerusi meja IKEA

Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan.
Semoga sentiasa dalam keadaan gembira bersama keluarga.

Barangan IKEA pasti menjadi kegilaan penghias rumah kerana design yang menarik dan moden. Malah ciptaannya juga sesuai untuk pelbagai jenis rumah teruma yang berciri moden. Bagi rumah besar, perabot atau peralatan besar boleh dipilih dan juga sebaliknya. Harga yang ditawarkan adalah mengikut kemampuan dan cita rasa.

Baru ini, Sop ke IKEA untuk membeli kerusi meja belajar Azfar dan Azwar. Kesian juga apabila melihat mereka asyik meniarap sahaja apabila mewarna atau menulis. Selain itu, semoga dengan menyediakan meja kerusi tersebut, dapat menggalakkan mereka belajar. Dapat disemai suasana belajar dari peringkat kecil.

Apa yang menarik dengan IKEA ialah peralatan kebanyakkan boleh dipasang sendiri. Manual dan peralatan asas disediakan untuk pengguna memasangnya. Perabot atau peralatan kecik boleh dimuat ke dalam kereta sahaja. Oleh sebab itu, harga yang ditawarkan lebih murah.

Apabila masa memasang dilakukan, Azfar dan Azwar tidak melepaskan peluang membantu. Kerja-kerja pertukangan sangat digemari lebih-lebih lagi apabila diberi peluang. Apa yang perlu dipastikan ialah dengan memberi arahan dengan betul dan biarkan mereka buat. Bukan main seronok lagi walaupun hanya buat sedikit-sedikit sahaja. Pendedahan seperti ini bagus untuk pendedahan tentang kemahiran psikomotor, daya kreativiti, mengikut arahan dan sebagainya.

Jika anak-anak ingin membantu, jangan halang dan cuba beri peluang kecuali kerja-kerja merbahaya.

Galeri gambar:












EmoticonEmoticon