02 November 2011

DiGi speed hanya EDGE di Danau Kota

Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan agar peha Sop cepat sembuh.

Sop telah berpindah ke Danau Kota hampir 2 minggu dan minggu ini sahaja baru sempat untuk melayari internet di rumah. Namun begitu, agak sedih apabila servis internet DiGi di sini hanya EDGE sahaja. Berbeza di rumah lama Sop di Setapak Jaya, ia mendapat liputan 3G. Oleh itu, kelajuan internet sangat berbeza di sini.

Apabila kelajuan yang terhad, mood melayari internet menjadi terbantut. Setiap kali membuka halaman, loading sangat perlahan dan kadang kala tidak load semua isi laman web atau blog.

Kenapa DiGi tidak naiktaraf di sini? Sedangkan banyak penempatan, pejabat dan kedai di sekitar sini. Sepatutnya servis terbaik perlu disediakan untuk menarik pelanggan. Jika perlahan begini, bukan sahaja pengguna tidak bertambah tetapi semakin berkurangan kerana pelanggan akan mencari perkhidmatan yang terbaik.

Kepada pihak DiGi, mohon dipertingkatkan perkhidmatan internet di kawasan sini terutama rumah Sop. Hehejehe

Nak blogwalking pun terputus mood kalau macam ini :)

Nota kaki: Harap pihak DiGi membaca entry ini :)



EmoticonEmoticon