Berada Hotel De Palma Ampang
Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan. Terima kasih kerana singgah ke blog Riwayat Hariku.
Pernah singgah di Hotel De Palma Ampang?
Sop baru pertama kali berada di sini dan sangat teruja kerana kelainan yang diketengahkan oleh pihak pengurusan hotel.
Apa yang berbeza dengan Hotel De Plama Ampang dengan hotel lain?
Paling ketara ialah konsep Islamik yang digunakan dalam hotel ini. Apabila berada di lobi, tidak ketara konsep tersebut tetapi apabila menyunsur ke bilik baru terasa konsep Islamik. Alunan bacaan surah mula kedengaran sepanjang koridor bilik berbeza dengan hotel lain kebiasaan kedengaran muzik tradisional atau alatan klasik.
Apabila memasuki bilik, kelihatan sejadah, kain pelikat dan telekung dihiasi di atas katil. Di meja sisi katil, disediakan Al Quran dan reha untuk bacaan atau hiasan (kalau tidak baca :). Surah Yasin dan kertas doa sebelum dan selepas tidur turut disediakan di atas meja tersebut. Selain itu, kurma dan kismis disediakan untuk santapan penginap. Sebelum ini, belum pernah lagi Sop jumpa konsep sebegini di hotel lain.
Antara kemudahan lain yang disediakan oleh Hotel De Palma Ampang ialah LCD Tv dengan siaran Astro, WiFi di bilik mesyuarat dan lobi, surau (solat Jumaat), kolam dan lain-lain.
Design dan hiasan dalaman hotel ini juga sangat kemas dan menarik.
Bagi yang belum pernah singgah, bolehlah mencuba hotel ini nanti.
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon