Sakit perut dan pening kepala
Salan sejahtera kepada semua rakan-rakan.
Alhamdulillah, Sop selamat sampai ke rumah dengan selamat semalam. Perjalanan semua lancar dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Kelihatan ramai geng motor besar dari Kuala Lumpur ke arah utara. Ada yang berkumpul selepas tol Simpang Pulai untuk ke Cameron Highland kot.
Sampai ke rumah, kepala Sop sangat berat dan pening. Perut pula sangat sebu. Sop sakit perut sejak di Hotel Seri Malaysia lagi. Apa yang salah makan pun tidak pasti.
Semalam Sop hanya tidur dari petang sampai malam hingga pula pagi. Pagi ini masih pening-pening dan perut masih sebu. Keadaan yang cukup tidak selesa. Ubat dah macam-macam makan nih.
Oh ya, Azfar dan Azwar pun turut demam. Datu keluarga demam. huhuhu
Doakan semoga Sop cepat sembuh yer.
Terima kasih
EmoticonEmoticon