26 October 2011

Perjalanan ke Ipoh - Bawah jambatan

Salam 1Malaysia kepada semua rakan-rakan.
Happy Deepavali kepada semua kaum India.

Hari ini Sop perlu menghadiri mesyuarat di Ipoh dan bertolak dari rumah jam 2.30 petang. Semasa berada di rumah, langit telah kelihatan gelap dan berharap sangat hari tidak hujan walaupun sekarang ini sentiasa hujan disebelah petang.

Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Baru sampai sahaja di Hentian Sungai Buluh, hujan mulai turun dengan lebat. Sop terpaksa berhenti di bawah jambatan dengan hujan lebat sebegini, beg sandang akan kebocoran. Dalam beg bukan sahaja baju tetapi dibawa bersama laptop untuk kegunaan mesyuarat.

Oleh itu, Sop berpegang kepada pepatah biar lambat asal selamat.

Doakan perjalanan Sop selamat sampai ke destinasi. Amin



EmoticonEmoticon