26 October 2011

Pagi-pagi dah nak mandi kolam

Matahari belum keluar lagi, dah ada hati nak mandi kolam? Tak sejuk ker?

Itulah permintaan Azfar dan Azwar, lihat sahaja orang mandi kolam, mereka pun hendak mandi. Kanak-kanak memang hantu dengan kolam kan?

Sop dulu memang susah hendak jumpa kolam tetapi selalu mandi sungai. Maklum sahaja di kampung ada sungai, kolam hanya ada di bandar. Masa kecil akan pergi ke rumat datuk dan berharap sangat datuk bawa pergi mandi sungai. Bila sudah sekolah, memang pandai mandi sendiri dan selalu sahaja curi-curi mandi sungai.

Sekarang sungai kat kampung dah tak boleh mandi kerana air telah keruh  Pembangunan di sekitar sungai menjadikan sungai tidak lagi sesuai untuk mandi-manda.

Galeri gambar:







EmoticonEmoticon