15 October 2011

Misi mengemas rumah

Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan.
Terima kasih kerana singgah ke blog Riwayat Hariku.

Ini adalah entry pendek sahaja kerana Sop sekarang sedang sibuk mengemas rumah. Esok telah membuat tempahan lori untuk mengangkat barang. Oleh kerana minggu ini sangat sibuk di pejabat, Sop tidak berpeluang untuk cuti. Oleh kerana itu, selepas solat Isyak tadi, operasi mengemas rumah dimulakan.

Tidak sangka begitu banyak barang Sop dan keluarga. Sehingga sekarang, barang-barang belum lagi selesai dikemas.

Kepenatan mula melanda tetapi kerana tiada lagi ruang masa, terpaksa disiapkan juga malam ini. Semoga aktiviti berpindah berjalan lancar esok. Amin

Galeri gambar:






EmoticonEmoticon