21 October 2011

Hujan dari petang sampai ke malam

Salam 1 Malaysia semua rakan-rakan.
Dalam minggu ini tidak kesempatan untuk update story mengenai Sop kerana agak sibuk dengan tugasan tempat kerja. Minggu yang sangat sibuk sehingga kepenatan ditambah lagi apabila balik kerja basah kuyup. Apabila buka laptop, belum sempat loading semua windows sahaja dah terlelap. hehehehe

Lagi pun minggu ini Sop tidak masuk pejabat, jadi memang tidak sempat menjenguk komputer. Nasib baik guna Galaxy Tab, sempat juga Sop update entry dan balas jejak rakan-rakan.

Minggu ini, boleh dikatakan setiap hari Sop kebasahan. Apabila masa balik kerja sahaja hujan. Bila hujan jet waktu time balik kerja. hehehe Memang sedang musim hujan sekarang ini. Namun setiap kejadian ada hikmahnya. Jika hujan disebelah pagi lagi susah sebab tidak boleh redah. Basah kuyup macam mana hendak kerja?

Pernah pengalaman pergi kerja basah kuyup. Masa tu baru bekerja dua hari dan untuk menjaga reputasi, terpaksa pastikan tidak datang lewat. Kesannya sampai ke pejabat dalam keadaan basah kuyup. Bayangkan dengan basah-basah masuk opis aircond. Dari pagi sampai petang akhirnya baju kering. Rasa macam hendak demam sahaja menahan sejuk hari tersebut.

Moral dari story ini, sediakan payung sebelum hujan. :)

Terima kasih kerana membaca entry entah apa entah. hahahaha



EmoticonEmoticon