27 October 2011

Hotel Seri Malaysia Ipoh, Perak

Salam 1Malaysia kepada semua rakan-rakan.

Selama 3 hari Sop berada di Seri Malaysia atas tugasan kerja. Jika diikuti entry sebelum ini, ada diceritakan tentang perjalanan Sop dari Kuala Lumpur ke Ipoh.

Hotel Seri Malaysia Ipoh, Perak dah 3 kali Sop sampai tetapi agak lama. Rasanya tahun terakhir sampai sini ialah pada tahun 2009. Tidak banyak perubahan hotel ini sejak dari akhir sekali datang dulu. Hotel ini kelihatan juga agak usang dari segi bangunan dan perabot bilik.

Dari segi makan pula, variasi jenis makanan tidak memberangsangkan. Menu hanya 2 lauk dan 1 sayur serta buah-buahan untuk makan tengah hari dan malam. Sarapan pula satu makanan berat seperti nasi goreng, mee, kuih, bubur, mee sup dan buah.

Paling utama ialah WiFi di sini adalah percuma dengan kelajuan yang baik. :) Kemudahan lain yang disediakan ialah kolam, tempat iron baju, tv saluran astro dan lain- lain.

Hari ini, Sop akan bertolak balik kerana semua urusan telah selesai.

Galeri gambar:







EmoticonEmoticon