Adakah entry blog anda dibaca pelawat? [Siri 2]
Blog adalah sumber pencairan maklumat yang baik |
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Entry ini adalah sambungan topik "Adakah entry blog anda dibaca pelawat? [Siri 1] yang telah dipost semalam. Kenapa sampai bersiri entry ni Sop?
Ini adalah dikenali sebagai teknik memanggil pengunjung. :) Contoh drama bersiri, jika cerita itu best pasti ramai yang berada di depan TV untuk menonton sambungan cerita sebelumnya. Teknik ini anda boleh gunakan untuk menarik pelawat-pelawat agak kembali. [Alamak, bocor rahsia... Hehhehe]
Kembali kepada tajuk Adakah entry blog anda dibaca pelawat? yang mana dinyatakan dalam entry sebelum ini Sop akan berkongsi tips untuk menarik pelawat membaca entry anda.
* Tajuk entry yang menarik dan menjadi tanda tanya
Seperti semua tahu, tajuk entry sangat penting untuk menarik perhatian. Elakkan tajuk-tajuk yang biasa atau hambar. Sebagai contoh, walaupun cerita biasa tetapi jika tajuk agak gempak atau menarik, pasti pelawat akan membaca entry tersebut. Namun harus diingat, untuk mendapat tajuk yang gempak anda tidak perlu membuat tajuk spam. Apa itu tajuk spam? Tajuk yang tiada kena mengena dengan entry tetapi digunakan untuk menarik pembaca. Malah dalam teknik SEO, ia selalu digunakan. Tajuk gempak, entry juga mesti gempak, OK!
* Intro yang menarik dan baik
Masih ingat guru BM sekolah ajar membuat karangan? Pendahuluan, isi dan penutup? Pendahuluan atau intro penting intuk menerangkan apa cerita dalam entry anda. Ia penting untuk memastikan pelawat memulakan pembacaan. Setelah baca, berikan pelawat blog dengan isi-isi entry yang baik.
* Menulis entry yang beriformasi dan bermaklumat
Kebiasaan pelawat singgah mencari maklumat terutamanya dari injin pencari. Agak jarang pelawat dari injin pencari cerita-cerita tentang blogger. Walaupun kita bercerita tentang diri sendiri, kita perlu masukkan maklumat yang berkaitan. Contoh tentang pergi melancong, anda boleh memasukkan cara bagimana hendak ke tempat tersebut, penginapan bagaimana, berapa kos, apa yang menarik dan sebagainya. Kebiasaan perkara ini yang hendak pelawat tahu.
* Memasukkan gambar
Gambar adalah penting untuk menarik perhatian. Jika dilihat kepada muka depan buku, kebanyakkan bergambar. Grafik mampu memberi tarikan yang baik. Oleh itu, pemilihan gambar yang sesuai juga penting. Pastikan gambar di awal atau atas mampu untuk mencuri perhatian pelawat dan memberi penerangan tentang entry tersebut.
* Mengunakan 'related entry/post' untuk promosi entry lain
Sop suka menggunakan 'related post' dalam blog kerana ia boleh mempromosi entry lain kepada pelawat
* Penggunaan template yang sesuai
Sekiranya tulisan sukar hendak dibaca, atau warna yang tidak sesuai, adakah anda akan membaca entry tersebut? [siapa hendak jawab?]
Untuk memastikan pelawat membaca entry blog adalah bergantung kepada pemilik blog itu sendiri. Sekiranya kita mampu menjadi penulis yang baik, tidak mustahil setiap pelawat akan membaca setiap entry yang anda. Jika semua tips di atas tidak berjaya, anda boleh menggunakan teknik paksaan.
Bagaimana hendak memaksa pelawat membaca entry anda?
* Buang Shoutbox. Para blogwalking akan menggunakan komen untuk tinggalkan jejak. Bila hendak tinggalkan komen, mesti ia berkaitan dengan entry. Untuk tahu entry mengenai apa, mesti beliau baca entry tersebut. :)
* Sering mengggunakan ayat-ayat yang boleh menimbulkan tanda tanya. Contohnya "Mengapa agaknya yer?" Pembaca mesti ingin tahu, mengapa apa? Bila beliau membacanya, baru beliau tahu.
Akhir kata, mohon diperbetulkan mana yang salah, minta ditambah mana yang kurang, harap dapat berkongsi mana yang berguna.
Terima kasih kerana membaca enrtry ini.
Entry "Blogger" akan datang akan berkongsi tentang "Dimana silapnya blogger?"
EmoticonEmoticon