29 September 2011

Tutorial "Root" Android dengan SuperOneClick


Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Terdapat rakan bertanya bagaimana hendak "Root" Galaxy Tab. Sebelum diterangkan cara membuat "root" telefon Android, pemilik perlu tahu tentang "root" ini.

Untuk tahu apa dia "Root" untuk Android, kelebihan dan kekurangan "Root" sila baca artikel ini (link).
Rumusannya ialah "Root" bertujuan untuk pemilik mendapat hak penuh terhadap sistem Android telefon atau tablet anda. Ia membolehkan anda mengubah fail sistem atau ROM's (Read Only Memory). Terdapat pembangun Android yang membuat perubahan kepada sistem ROM untuk penambahbaikkan dari segi kelajuan, paparan dan penjimatan tenaga.

Perlu atau tidak "Root" telefon atau tablet anda?
Pada pendapat Sop, pengguna biasa tidak perlu membuat "Root" kecuali pengguna "Advance" yang ingin membuat perubahan kepada telefon/ tablet. Ini kerana tanpa "Root", telefon atau tablet Android masih boleh memasang perisian dalam atau luar  Market. Pengubahan paparan boleh dilakukan tanpa "Root" menggunakan "Launcher" dan "Themes".

Selain itu, "Root" akan mendedahkan telefon atau tablet kepada pencerobohan virus dan perubahan fail sistem jika tidak sengaja menjadikan telefon atau tablet gagal berfungsi.

Adalah perlu diingatkan, "Root" boleh mengakibatkan jaminan telefon atau tablet anda terbatal.

Tutorial "Root" Android
Dengan SuperOneClick V2.1.1, ia boleh "Root" kebanyakkan jenis telefon atau tablet Android. Tutorial ini berdasarkan Galaxy Tab 2.2 Froyo.

Untuk "Root", pastikan anda mempunyai kabel USB, driver telefon Android telah dipasang dan SuperOneClcik V2.1.1. (Download). Pengguna Windows XP, perlu pastikan .NET Framework 2.0 ke atas.

Sebelum sambung USB, set USB Debugging ON. (Setting > Applications > Development > USB debugging > / pada kotak)
Kemudian, sambungkan USB kabel pada komputer.
Seterusnya, buka aplikasi SuperOneClick V2.1.1 dan klik pada butang "Root". Tunggu sehingga selesai. Mesej akan dipaparkan yang "Root" telah berjaya.

Mudah bukan?
Selamat mencuba!


Sila tinggalkan komen jika percubaan anda berjaya atau sebaliknya dan nyatakan jenis telefon serta versi Android anda untuk perkongsian.


EmoticonEmoticon