16 September 2011

Trafik berkurangan, BE bertambah



Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan.

Semoga sentiasa dilindungiNya hendaknya.

Agak lama Sop tidak semak trafik blog dan prestasi pengunjung. Malah, kebelangan ini agak sibuk dengan tugasan pejabat sehingga tidak sempat blogwalking. Jika blogwalking pun hanya pada waktu malam. Itupun dalam kepenatan dan sering terlelap di depan laptop.

Terdapat beberapa faktor kejatuhan trafik Sop kebelakangan ini. Pertamanya kerana kekurangan entry yang baik dari Sop yang boleh menarik pengunjung. Entry berkaitan isu semasa juga jarang dibuat ulasan atau dipetik dari akhbar.

Kedua, Sop sudah jarang membuat ping entry di laman-laman sumber trafik seperti gengblogger, blogged.my, Nuffnang Infiniti dan sebagainya.

Ketiganya ialah kekurangan aktiviti blogwalking untuk menambah kenalan dan mempromosi entry. Jika blogwalking pun, Sop tidak kesempatan untuk meninggalkan komen dan sebagainya. Biasanya hanya sempat membalas jejak yang ditinggalkan sahaja.

Keempat ialah kemungkinan template yang kurang mesra injin pencarian. Selama ini, walaupun blogwalking jarang dilakukan trafik masih mampu mencecah 500uv sehari. Tetapi sekarang, ia jatuh lagi teruk!

Namun dalam trafik yang menjunam, Buffered Earning pula bertambah. Sebelum ini ada satu sahaja tetapi telah bertambah menjadi 3. Agaknya perlukah keadaan seperti ini dikekalkan?

Rasanya kalau trafik tinggi, tetapi pendapatan kurang tidak berbaloi juga. Apa pendapat anda?

Posted via Galaxy Tab

1 comment:


EmoticonEmoticon