12 September 2011

Motivasi - Mulakan tugasan dengan doa


Doa kelihatan sangat ringkas tetapi ia adalah kelebihan kepada kita untuk berharap kepada sesuatu. Oleh kerana itu, kita selalu terlupa untuk berdoa kepadaNya agak usaha dan perbuatan kita mendapat keredhaan.

Dalam Islam, setiap perbuatan disunatkan membaca doa seperti makan, tidur, ke bilik air, bersama pasangan dan sebagainya. Perkara kecil sekalipun kita diminta berdoa, apatah lagi perkara besar.

Tugasan atau kerja harian adalah sesuatu yang besar dan perlu dilakukan dengan baik. Oleh itu, berdoalah agak kerja buat kita adalah sentiasa terbaik dan dijauhkan dari kesulitan. Semoga rezeki dari tugasan yang kita terima adalah halal.

Di pejabat Sop beruntung kerana setiap pagi, akan dibacakan doa sebelum tugasan.

Definisi doa:

Menurut Ibnu Faris doa dari sudut bahasa ialah memalingkan sesuatu kepada anda dengan suara dan kata (Maqayis al-Lughah). Menurut Ibnu Manzur doa dari segi asal bahasa ialah menyeru(Lisan al-‘Arab).

Manakala doa menurut istilah syarak sepertimana yang didefinisikan oleh al-Imam al-Khattabi ialah pemohonan pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba dari Tuhannya dan hakikat doa iaitu menzahirkan kefakiran, kelemahan dan kehinaan diri kepada Allah yang di dalamnya termetrai pengagungan terhadap Allah swt dan mengiktiraf sifat kemulian dan pemurahNya. (Sya’n al-Dua’)

Sumber: http://asdarulsunnah.blogspot.com/2008/07/definisi-doa-menurut-al-quran-dan.html

Selamat bekerja kepada rakan-rakan (yang bekerja).

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon