28 September 2011

Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Masjid Dan Surau

Kemeriahan Aidilfitri masih dirasai walaupun Syawal hampir ke penghujung. Terdapat banyak majlis-majlis sambutan yang masih berlangsung sama ada secara kecilan atau besaran.

Jumaat lepas berlangsung Sambutan Aidilfitri Peringkat Masjid dan Surau Zon 4 JAWI yang diadakan di Masjid Abu Ubaidah terletak berhampiran dengan rumah Sop.

Majlis tersebut turut dihadiri tetamu istimewa iaitu Dato' Zulhasnan Rafiq. Ramai penduduk setempat yang hadir dalam majlis ini.

Pelbagai jenis hidangan disediakan dalam bentuk stesyen. Antara menu yang disediakan ialah satey, laksa, lemang, mee jawa, buah-buahan, mee sup dan lain-lain lagi. Paling istimewa ialah kambing bakar yang mana pengunjung beratur panjang untuk mendapatkan kambinf bakar tersebut.

Aktiviti ini dapat merapatkan hubungan setempat dan memeriahkan masjid.

Galeri gambar:








EmoticonEmoticon