Kutbah Jumaat Hari Ini - Rasuah
Gambar dalam Masjid Wilayah |
Kesan rasuah bukan sahaja kepada individu atau masyarakat tetapi negara itu sendiri. Betapa besarnya kesan negatif dari rasuah ini.
Mengapa melakukan rasuah?
Berlakunya rasuah berpunca dari pelbagai alasan. Bagi umat Islam, lemah pegangan agama menjadi punca utama. Jika kita berpegang teguh kepada ajatan agama, rasuah tidak akan didekati langsung.
Tamak dan mengejar kekayaan mudah turut menjadi faktor kepada berlakunya rasuah.
Harta tidak berkat akan beri kesan kepada kehidupan. Hati tidak akan pernah tenang, harta tidak pernah lekat, sentiasa mendapat musibah dan sebagainya hasil dari perbuatan rasuah.
Selain itu, amalan tidak diterima hasil dari perbuatan rasuah.
Oleh itu, sama-samalah kita menghindari rasuah.
Entry ini adalah rumusan dari Kutbah Jumaat Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
EmoticonEmoticon