27 September 2011

Internet cam siput bila dah abis limit 3GB

Motor Azwar yang laju tetapi bunyi sahaja.. hahaha
Adoi, slow sungguh internet nih!
Hendak papar blog atau web perlahan macam siput. Kalau siput lalu, pasti dia gelakkan Sop sebab siput sekarang lagi laju! Siput sekarang dah upgrade dan tambah horse power. Hahahaha

Apa sahaja yang merepek tu Sop?

Sajer hendak mengadu yang limit internet telah habis. Kouta bulanan pakej yang Sop gunakan ialah hanya 3GB sahaja. Biasanya ngam-ngam akhir bulan baru habis kouta tersebut. Kali ini, terawal pula habis! Mungkin terlalu banyak aktiviti download dan upload kod. Jika hanya untuk browsing, biasanya tidak habis jumlah 3GB tersebut.

Apa yang best tentang pakej Sop guna ialah setelah tamat kouta 3GB, Sop masih boleh melayari internet dengan percuma. Cuma bezanya jika sebelum ini laju macam bot, tetapi setelah habis limit laju juga tetapi macam semut. Hahahaha

Ok lah tuh, percuma! Apa yang hendak diharapkan lebih lagi. Kalau percuma hendak lebih-lebih, sendiri mau ingat lah kan? Terdapat syarikat lain yang mengenakan kos tambahan jika menggunakan lebih dari jumlah kouta yang diberi. Lagi BAHAYA, sedar-sedar bil beratus-ratus sebab tidak perasan dah abis kouta. Ingat dulu masa Mrs Sop guna perkhidmatan tersebut, nak buka Youtube pun takut sebab nanti terlebih guna. Hahahaha

Ini bukanlah iklan entry promosi berbayar tetapi hanya hendak bercerita. Kalau berbayar, mesti Sop dah masukkan lebih banyak banner atau link iklan. Setakat ini, Sop berpuas hati dengan perkhidmatan Internet Si Kuning ini. Harap terus baik dan baik! Luaskan rangkaian 3G ke seluruh negara! Syok sikit balik kampung ada 3G, laju la sikit ineternet..

Terima kasih kerana membaca entry merapu ini... :)


EmoticonEmoticon