Gambar sekitar Empress Hotel, Sepang
Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan.
Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Hari ini adalah hari kedua berada di Empress Hotel, Sepang ini. Tiada banyak aktiviti yang dilakukan kecuali menyiapkan tugasan yang ditanggungjawabkan. Mesyuarat bermula dari padi hingga ke malam. Pada sebelah petang, sempat sebentar menjenguk kawasan sekitar.
Permandangan di sini biasa sahaja kerana Empress Hotel berada di tengah pekan Bandar Baru Salak Tinggi. Oleh itu, ia dikelilingi oleh kedai-kedai dan kawasan perumahan.
Permandangan menarik lain yang boleh dilihat ialah pramugari dan oramugara AirAsia yang ramai berada di sini untuk transit penerbangan. Kebanyakan adalah pramugari AirAsia dari negara lain. Bagi yang hendak cuci mata, bolehlah lepak di lobi untuk melihat mereka keluar masuk hotel. Hahahahaha
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon