19 August 2011

Tol lebih murah di 24 lebuh raya

Gambar hiasan jer..
KUALA LUMPUR – Sebanyak 24 lebuh raya di seluruh negara akan menawarkan diskaun dan rebat tol di antara lima hingga 37.5 peratus kepada pengguna sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 30 dan 31 Ogos ini.

Tawaran diskaun tersebut boleh dinikmati pengguna bermula 24 Ogos nanti apabila ada di antara lebuh raya berkenaan akan menggunakan kadar murah itu bermula tarikh tersebut.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, program itu melibatkan 22 buah syarikat konsesi yang menggunakan peluang tersebut untuk menunaikan tanggungjawab sosial korporat syarikat masing-masing.

“Kesemua diskaun dan rebat tol yang ditawarkan berkenaan dianggarkan berjumlah RM6.8 juta, berbanding RM3 juta yang telah diberikan sempena sambutan Aidilfitri tahun lalu,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Keselamatan Aidilfitri peringkat Kementerian Kerja Raya di Plaza Tol Lagong Lebuh Raya Guthrie dekat sini semalam.

Sementara itu, kata Shaziman, pengguna Lebuh Raya KL-Kuala Selangor (Latar) masih boleh menggunakan laluan berkenaan secara percuma apabila pihak pengurusan lebuh raya itu bersetuju untuk melanjutkan tawaran tersebut sehingga 31 Ogos ini.

Beliau turut mengumumkan mengenai pembukaan sebahagian daripada jajaran Lebuh Raya Timur Fasa 2 pada 22 Ogos ini yang melibatkan tiga laluan.

Komen Sop: Bestnyer kalau Lebuhraya Pantai Timur boleh sampai ke Kuala Terengganu... :)


EmoticonEmoticon