29 August 2011

Refleksi puasa hari ke 28

Salam Ramadan kepada semua rakan-rakan yang singgah. Semoga sentiasa berada dalam sejahtera selalu.

Alhamdulillah, Sop dan keluarga hari ini telah selamat sampai ke kampung Sop iaitu Kuala Terengganu.

Refleksi puasa hari ke 28 bermula dari Sahur yang mana Sop hanya bangkit minum dan makan kurma sahaja. Pada tengah malam, Sop dan keluarga telah singgah di Malis Corner Danau Kota untuk perkena Kuew Teow dan nasi lemak. Bila sahur, masih kenyang lagi jadi Sop makan kurma sahaja.

Tindakan tidak makan nasi sahur semalam adalah kurang bijak kerana apabila memandu balik kampung, perut mula berbunyi. Untuk makluman, sebelum ini Sop pasti akan bersahur dengan nasi.

Perjalanan balik kampung bermula pada jam 8.00 pagi. Kelihatan banyak kereta di jalan raya tetapi semua berjalan lancar. Di lebuhraya kereta boleh memecut laju tanpa masalah tetapi di jalan biasa mula tersekat-sekat. Semasa ini kelihatan pemandu-pemandu mula hilang sabar dan memotong secara merbahaya. Kes-kes seperti ini yang boleh membawa kepada kecelakaan.

Sop menggunakan lebuh raya pantai timur 2 semalam. Perjalanan dari Dungun ke lebuh raya tersebut agak jauh juga. Sampai di lebuh raya, kelihatan pusat tol dan hentian rehat masih dalam pembinaan. Namun begitu, jalan telah siap sepenuhnya. Pengguna boleh memandu dengab lancar.

Lebuh raya ini hanya sampai ke Ajil sahaja. Bagi pengguna sebelah Hulu Terengganu atau Bukit Payong, adalah berbaloi menggunakan jalan pitasan ini. Bagi Sop, ia menjadi agak jauh berbanding jalan biasa. Namun jika ia siap sepenuhnya, pasti menjadi jalan yang baik untuk semua penduduk Terengganu.

Kami tiba di Kuala Terengganu pada jam 5.30 petang dan sempat singgah di Pasar Ramadan Pengadang Baru. Beberapa makanan dibelikan untuk dibawa balik ke rumah sebagai hidangan berbuka puasa.

Selepas berbuka, Sop ke masjid untuk solat terawikh. Di kampung, solat terawikh lebih laju dan cepat selesai. Untuk 20 rakaat, jam 10 malam telah selesai.

Terima kasih kerana sudi membaca entry ini.

Galeri gambar:
















EmoticonEmoticon