03 August 2011

Refleksi puasa hari ke 2 tahun 2011

Salam Ramadan kepada semua rakan-rakan.
Hari ini telah selesai hari kedua berpuasa. Kenikmatan berpuasa semakin dirasai.

Permulaan hari kedua Ramadan bermula dengan sahur. Selera semasa bersahur semakin baik berbanding hari pertama. Jumlah nasi yang dijamah meningkat. Ia bermakna selera makan diwaktu pagi telah disesuaikan.

Hari ini urusan pejabat agak banyak dan menyebabkan waktu dirasakan berjalan cepat sekali. Kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur masih sama iaitu lebih teruk berbanding hari biasa.

Untuk 2 hingga 4 Ogos, Sop bermesyuarat di Concord Inn, Sepang. Sepatutnya Sop daftar masuk tengah hari tadi tetapi oleh kerana urusan pejabat, waktu daftar masuk ditangguhkan. Cadangan untuk bertolak ke Sepang dari petang ditangguhkan lagi sehingga selepas Magrib. Hari ini adalah ulang tahun kelahiran Mrs Sop dan oleh sebab itu Sop mengambil peluang untuk berbuka di rumah dahulu.

Petang tadi sekali lagi ke pasar Ramadan Setapak Jaya untuk membeli sedikit juadah. Hari kedua, bunga api dan mercun telah dijual. Kebetulan hari ini Azfar dan Azwar ikut sama dan apa lagi, kena 'pow' beli bunga api.

Selepas solat Magrib, kena layan Azfar dan Azwar bermain bunga api. Bukan main seronok mereka berdua. Sop hanya beli bunga api besi sahaja kerana ia lebih kurang asap dan harga lebih murah. :)

Sop bertolak dari rumah ke Concord Inn jam 8.00 malam. Malam ini adalah sesi taklimat dan penerangan oleh urusetia. Agak rugi malam ini kerana tidak dapat mengerjakan solat Terawikh.

Sekarang bersedia untuk tidur kerana esok pagi, sahur akan bermula dari jam 2 hingga 5 pagi sahaja. Sekurang-kurangnya jam 4 sudah perlu bersiap untuk bersahur.

Terima kasih kerana sudi membaca entry ini.

Galeri gambar:









EmoticonEmoticon