14 August 2011

Refleksi puasa hari ke 13

Salam Ramadan kepada semua rakan-rakan. Semoga puasa hari ini berjalan dengan baik dan mendapat penuh keredhanNya.

Hari ini telah selesai 13 hari berpuasa. Sungguh cepat masa berlalu. Sop rasa seperti baru sahaja bersahur hari pertama.

Aktiviti hari ini hanya berada di rumah menjaga anak dan kerja-kerja rumah. Seperti biasa, hari minggu adalah hari untuk berkemas, membasuh dan sebagainya. Mrs Sop pada hari Sabtu dan Ahad akan membantu mak mertua menyiapkan juadah berbuka puasa masjid.

Berada di rumah akan rasa lambat sedikit waktu berlalu berbanding di pejabat. Namun begitu, di rumah kurang sedikit penatnya kerana boleh berehat dan santai.

Malam ini, Sop berbuka puasa di surau Setapak Jaya. Majlis berbuka puasa telah dianjurkan oleh jawatankuasa surau dan KRT Setapak Jaya 1B. Makanan yang disediakan secara katering. Majlis berbuka di mulakan dengan makan kuih dahulu dan selepas solat Magrib baru makan nasi. Sop juga bersolat terawikh di surau tersebut.

Selepas Magrib tadi, sempat balik ke rumah mertua untuk melayan Azfar dan Azwar bermain bunga api. Walaupun Sop tidak beli bunga api tetapi stok nenek dan mak saudara masih banyak. Sebelum ini beli satu ikat memang tidak main habis. Biasanya Sop akan hentikan mereka bermain apabila mula bermain secara merapu. Oleh sebab itu, bunga api yang terkumpul menjadi banyak.

Terima kasih kerana membaca entry ini. Selamat menjalankan ibadah puasa hari yang ke 14.

Galeri gambar:











EmoticonEmoticon