04 August 2011

Refleksi puasa hari 3 tahun 2011

Alhamdulillah, puasa hari ke 3 telah selesai. Ibadah puasa dapat dijalankan dengan lancar. Bagi yang mengalami kesulitan, moga bersabar dan ia adalah satu ujian untuk kita lalui.

Puasa hari ketiga bermula dengan bersahur di hotel. Jam 4.30 pagi telah mula bersahur dan jam 5.00 telah selesai. Sementara menunggu Subuh, Sop berada di bilik dan menonton. Terdapat banyak rancangan keagamaan pada waktu pagi untuk ditonton.

Selepas solat Subuh, Sop sempat berehat dan terlena seketika. Mesyuarat bermula pada jam 8.00 pagi hingga ke petang.

Hari ini berbuka di hotel dan menu yang disediakan oleh Concord Inn memang banyak. Lebih kurang 50 menu yang boleh dipilih dari masakan melayu, kuih muih, makanan barat dan steamboat. Semasa sebelum berbuka, seperti hendak makan kesemuanya tetapi berapa sangat saiz perut Sop?

Selepas menjamah beberapa jenis makanan, Sop berhenti menunaikan Solat Magrib dan sambung kembali makan-makan selepas itu. Surau ada disediakan berhampiran cafe. Rasanya tidak sampai separuh menu yang dijamah dan itupun sangat kekenyangan. Di rumah, biasanya Sop makan sedikit kuih dan nasi sahaja. Makan terlalu banyak menjadikan kita penat dan kemalasan.

Malam diteruskan dengan mesyuarat. Rakan sebilik hanya terawikh di bilik. Sop tidak mengikut berjemaah kerana ruang bilik yang tidak mengizinkan. Esok akan balik ke rumah dan dapat kembali mengikuti terawikh di masjid. Tadi hubungi Azfar dan Azwar, masing-masing sibuk hendak bermain bunga api. Mereka tidak akan bermain jika Sop tiada kerana tiada pengawasan.

Itu sahaja refleksi untuk hari ini dan terima kasih kerana sudi membaca entry ini.

Galeri gambar:
Menu sahur




Menu berbuka:















EmoticonEmoticon