26 August 2011

Refleksi puasa 25 dan 26



Salam Ramadan kepada semua rakan-rakan.

Semoga sentiasa berada kita sentiasa dirahmatiNya.

Alhamdulillah, ibadah puasa dapat dilakui dengan lancar. Disamping bergembira menanti hadirnya Syawal, kita perlu sedih kerana Ramadan semakin ke penghujung. Gunakan peluang diakhir-akhir Ramadan ini dengan sebaiknya. Kita tidak pasti adakah akan ketemui lagi Ramadan yang akan datang.

Dalam minggu ini, Sop agak penat dengan tugasan pejabat. Banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum cuti Hari Raya. Kadang kala, tidak sempat petang mata telah kuyu kerana keletihan. Namun begitu, semua tugasan dapat diselesaikan.

Semalam Sop hantar motor ke kedai untuk repair sedikit kerosakkan. Ramai yang singgah untuk servis dan tukar apa yanf patut untuk balik kampung. Begitu juga dengan bengkel kereta, kelihatan dipenuhi dengan pelanggan untuk tujuan yang sama. Kereta Sop baru sahaja servis hari itu, jadi tidak perlu lagi diservis untuk balik kampung nanti.

Hari ini, ramai yang mula bertolak balik ke kampung. Terdapat sekolah yang mula bercuti hari ini. Ia adalah langkah yang baik untuk mengelak kesesakan lalu lintas. Pengguna dinasihat untuk mengikut nasihat PLUS merancang perjalanan.

Hari ini, di pasar Ramadan kelihatan agak kurang pengunjung. Terdapat peniaga yang sudah tidak berniaga hari ini. Mungkin sudah mula balik ke kampung.

Sop akan balik kampung pada hari Ahad. Ia bertujuan untuk mengelak kesesakan yang mungkin akan sesak teruk esok.

Kepada rakan-rakan yang akan memulakan perjalanan esok, berhati-hati di jalan raya. Semoga anda selamat ke destinasi.

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon