26 August 2011

Pencuri kereta di pusat servis?

Memang tidak sangka dekat pusat servis pun boleh dicuri kereta. Macam-macam tektik yang mereka gunakan untuk lakukan jenayah. Tempat yang kita rasa selamat rupanya tidak selamat. Mesti terkejut bila tunggu kereta diservis tak muncul-muncul! Mesti haru kan?

Komen Sop: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga!

SEREMBAN – Taktik licik seorang lelaki yang mencuri empat buah kereta bernilai RM200,000 di pusat servis dan bengkel kenderaan sejak beberapa bulan lalu terbongkar apabila dia ditahan di Sikamat di sini Selasa lalu.

Lelaki lingkungan 40-an itu ditangkap pukul 6 pagi selepas polis melancarkan operasi mencari sebuah kereta jenis BMW yang dicuri di sebuah pusat servis di sini 13 jam sebelum itu.

Modus operandi suspek ialah dia akan membuat pemerhatian di premis yang dipilih dan sebaik pelanggan meninggalkan kereta untuk diservis, dia akan menyamar sebagai pemilik sebelum meminta kunci untuk melarikan kereta.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, dalam kejadian Isnin lalu, suspek datang ke pusat servis itu lalu masuk ke dalam premis dengan menyamar sebagai pelanggan.

“Polis yang menjalankan siasatan kemudian menemui BMW itu ditinggalkan di kawasan deretan kedai di Sikamat. Suspek berjaya ditahan ketika dia cuba menghidupkan kereta berkenaan,” katanya di sini semalam.

Tambahnya, susulan tangkapan itu, polis menemui tiga buah kereta yang dicuri suspek iaitu Myvi, Kia Spectra dan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton di sekitar kawasan Sikamat.

Menurut Osman, semakan mendapati suspek dari Perak itu mempunyai rekod jenayah lampau.

“Suspek dipercayai terlibat mencuri lima buah kereta lain iaitu Honda Accord, Honda Civic, Honda City, Nissan Sylphy dan Toyota Camry yang telah dijual,” katanya.

“Pemilik pusat servis dan bengkel kena lebih berhati-hati ketika menjaga harta orang ramai. Jangan tinggalkan kunci di dalam kereta pelanggan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379(a) Kanun Keseksaan iaitu mencuri kenderaan.


EmoticonEmoticon