Komen pilihan @ Riwayat Hariku #13
Komen pilihan @ Riwayat Hariku hari ini memilih komen dari entry Jangan tertipu kurma RM1 (http://www.gnesop.com/2011/08/jangan-tertipu-kurma-rm1.html) yqng dipetik dari komen oleh NursafinaSalim seperti berikut:
"biasanya kita kena ragu sikit kalau brg tu murah luar biasa.kurma sepatutnya manis semulajadi dan merupakan penawar banyak jenis penyakit.kalau kurma ditambah gula asing, tak mungkin dapat menjalankan fungsi asalnya..kurma tiruan ni boleh sebabkan kencing manis"
Semua tahu tentang khasiat kurma kepada manusia, yang mana kelebihan diberikan oleh Allah. Jika keaslian diubah, khasiatnya juga akan berubah.
Tapi Sop percaya, pengguna Malaysia sekarang sangat bijak. Tahu menilai mana yang baik dan yang sebaliknya. Adalah berbaloi mendapatkan kurma dengan harga sedikit mahal. Bulan puasa sahaja kurma laku di Malaysia, bulan lain rasanya tak laku pun. Oleh itu, sekali sekali beli baik beli yang bagus.
Sop dulu suka makan kurma madu tetapi sekarang suka dengan kurma bertangkai. Ia lebih kenyal dan segar. Dengan memakan kurma, Sop lebih rasa bertenaga sepanjang berpuasa.
Terima kasih kepada NursafinaSalim atas komeb yang diberikan. Tiada link dari NursafinaSalim kerana beliau menggunakan user twitter. Sop harap boleh berkenalan dengan beliau dengab meletakkan link blog (jika ada)
Posted via Galaxy Tab
EmoticonEmoticon