Komen Pilihan @ Riwayat Hariku #11
Salam 1 Malaysia kepada semua rakan-rakan.
Semoga hari ini semua aktiviti harian ini berjalan dengan baik.
Hari ini, Sop memilih komen dari saudari nana dari entry "Salah posisi badan ketika bekerja" yang mana nasihat nana sangat berguna. Nasihat atau membebel? Huhuhuh Apa pun, sangat bermanfaat nasihat tersebut. Berikut adalah komen nana:
lain kali kalau xnak ada sakit2 badan, sengal2 leher ke hape, posisi semasa duduk biar betul kan....duduk dengan selesa jangan membongkok..kaki rapat...Biasa apabila ibubapa menegur, anak-anak fikir membebel tetapi membebel itu adalah nasihat untuk anak-anak. Suka dengan ayat nana yang terakhir tersebut.
tidur pon kena cara yang betul jugak...bantal jangan berlapis-lapis, nanti leher sakit..
ermm 2 je lah..malas nak membebel banyak2..hehehe
Oleh itu, pekerja-pekerja pejabat harus ingat yang risiko tempat kerja juga ada. Biasanya pekerja pejabat terdedah dengan penyakit dalaman seperti jantung, darah tinggi, kecing manis dan sebagainya. Ini kerana pekerja pejabat terlalu selesa sehingga kurang pergerakan. Balik rumah pula tiada aktiviti riadah dan sukan dilakukan lagi memburukkan keadaan. Sop sendiri risau apabila kurang aktif dalam aktiviti sukan. Masa muda susah hendak kesan tetapi apabila usia meningkat, pelbagai penyakit mula menerjah.
Jagalah kesihatan dan amalkan cara hidup sihat. Pesanan kemasyarakatan ini dibawa khas oleh blog Riwayat Hariku.
Terima kasih kerana membaca artikel ini.
Jom berkenalan dengan pengomen pilihan hari ini iaitu nana di laman blog beliau All About Life.
Ini lah Nana, ayu tak? |
EmoticonEmoticon