06 August 2011

Isteri curang belasah suami

Sudahlah curang, belasah suami pula. Apa hendak jadi?
Kadang-kadang perkara yang selalu terjadi kepada pihak wanita dulu kini telah berubah. Adalah biasa mendengar penderaan isteri dari berita-berita dulu tetapi sekarang adalah biasa apabila mendengar suami didera.

Adakah ini realiti zaman modenisasi? Atau juga dunia akhir zaman?
Semoga kes-kes terpencil seperti ini tidak akan terus bertambah sehingga menjadi kebiasaan. Hubungan suami isteri perlu diperlihara dengan baik.

Komen Sop: Harap tiada berita tentang suami isteri berparang pula!

KAJANG: Seorang suami menerima nasib malang apabila isteri yang dikahwininya bukan saja berlaku curang malah sanggup bertindak membelasahnya menggunakan kayu kaki meja di kediaman mereka di Taman Kajang Ria, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, suami malang terbabit cuba bertanyakan perbuatan terkutuk isterinya yang dikesan membawa pulang seorang lelaki ketika ketiadaannya.
Pertanyaan itu menyebabkan wanita berusia lewat 20-an itu tiba-tiba melenting dan mencapai kaki meja yang sudah patah dan membelasah suaminya bertubi-tubi.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila lelaki berusia 31 tahun itu mempersoalkan tindakan isterinya membawa pulang seorang lelaki setiap kali ketiadaannya.

“Menyedari rahsia dirinya terbongkar, isteri mangsa cuba berdolak-dalik hingga berlaku pertengkaran antara mereka sebelum wanita itu naik berang dan mencapai kaki meja di sudut rumahnya dan memukul mangsa tanpa belas kasihan,” katanya.


EmoticonEmoticon