31 August 2011

Diari Hari Raya Aidilfitri - 1 Syawal

Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

Lagu: Selamat Hari Raya
Penyanyi: Saloma

Takbir mula berkumandang selepas pengumuman Raya. Mereka yang sibuk dengan persiapan raya masih meneruskan aktiviti, bezanya semangat beraya semakin tinggi. Sop tidak melepaskan peluang turut membantu membuat persiapan raya.

Aktiviti di 1 Syawal dimulakan dengan menjamu selera. Menu yang disediakan oleh mak Sop ialah nasi minyak. Menu kegemaran di pagi Adilfitri. Selepas itu, solat sunat Aidilfitri di masjid.

Selesai solat Sunat Aidilfitri, aktiviti ziarah-menziarah bermula. Rumah pertama disinggah ialah rumah Abang Sop, kemudian sanak-saudara berdekatan dengan rumah.

Tidak lama kemudian, rumah Sop pula diserbu dengan sanak-saudara. Paling ramai ialah ahli keluarga dibelah mak Sop. Adalah meriah apabila sanak-saudara berpusu-pusu datang.

Selepas keadaan sedikit tenang, baru Sop memulakan aktiviti beraya kembali. Hari pertama, keutamaan adalah menziarah rumah saudara terdekat terlebih dahulu. Aktiviti beraya berhenti pada sebelah petang. Masing-masing kelihatan kepenatan menjamu selera. Perut yang berehat selama sebulan kembali bekerja keras.

Sebelah malam, Sop terlena awal kerana kepenatan dan juga mungkin kesan makan ubat selsema. Jam 10.00 malam, rakan sekolah pula telefon ajak beraya di rumah beliau kerana terdapat beberapa rakan lain turut hadir. Hanya hari raya sahaja biasanya kami dapat berjumpa kerana masing-masing bekerja di luar kampung.

Berakhir aktiviti tersebut, selesai sudah lipatan aktiviti untuk hari pertama Syawal. Terima kasih kerana membaca entry ini.

Galeri gambar:

















Cameraman: Azfar dan Azwar


EmoticonEmoticon