08 August 2011

Bina blog Berita Utama Malaysia

Salam Ramadan kepada semua rakan-rakan.

Selepas agak kecewa dengan sekatan domain gnesop.com untuk iklan Google Adsense (GA), Sop mula mencari jalan untuk hilangkan sekatan tersebut. Berdasarkan forum untuk Sop dan support, nampaknya agak sukar untuk membatalkan sekatan tersebut. Biasanya keputusan Google Adsense adalah muktamad.

Emel tentang meminta mengubah setting iklan GA telah dihantar dan Sop perlu melakukannya dalam masa 3 hari. Malangnya Sop tidak membuka emel tersebut. Ini kerana emel GA digunakan ialah lain dari emel utama Sop. Agak terkilan kerana terlepas maklumat dan menyebabkan URL blog ini disekat dari memamparkan iklan GA.

Setakat sebelum sekatan, earning dari GA adalah baik. Mungkin salah satu sebab pihak GA dapat kesan setting yang dibuat apabila terdapat jumlah klik yang lebih banyak dari biasa. Ikuti emel mengenai pembatalan URL dalam entry sebelum ini.

Untuk memastikan Sop boleh menjana pendapatan kembali dari GA, satu blog lain telah dibina. Setelah beberapa hari berfikir, akhirnya Sop mengambil keputusan untuk membina blog berita. Konsep yang digunakan ialah 'copy dan paste' sahaja. Ia adalah bukan blog yang baik tetapi mampu memberi trafik yang tinggi jika SEO blog sangat bagus.

Setelah setup dan mendapatkan template yang sesuai, blog Berita Utama Malaysia siap sepenuhnya. Tugasa seterusnya ialah membuat entry berterusan. Blog ini hanya akan fokus kepada GA sahaja buat masa ini. Semoga ia berjaya mendapat trafik yang memuaskan kelak.

Kenapa pilih Berita Utama Malaysia?
Pemilihan domain sekarang adalah terhad. Kebanyakkan domain telah diambil dan Sop hanya mampu mencari yang terbaik. Fokus berita hanya untuk berita di Malaysia sahaja.

Jika kelapangan, jenguk-jenguk ke blog Berita Utama Malaysia.


EmoticonEmoticon