18 July 2011

Tom Yam Pok Tek (Seafood)



Salam sejahtera semua.

Pernah makan Tom Yam Pok Tek?

Jika tidak pernah, boleh cuba-cuba di kedai tom yam yang berhampiran.

Tom Yam Pok Tek sebenarnya lebih kepada tom yam seafood yang mana bahan dalamnya semua makanan laut. Kami mencubanya di kedai Sufian Setapak apabila melihat pada buku menu. Apabila ditanya mengenai Tom Yam Pok Tek, kami dimaklumkan ia berkaitan bahan makanan laut.

Apabila dicuba, rasanya memang sedap. Sedikit berbeza dengan tom yam biasa dan paling best bahan yang terdapat di dalamnya iaitu ketam, sotong, ikan, lala, udang dan bahan tom yam lain.

Selepas ini, jika kami hendak makan tom yam pasti akan membuat pesanan Tom Yam Pok Tek ini lagi. :)

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon