Sarapan di Ali Maju Wangsa Setapak
Selamat pagi. Sudah sarapan?
Sop baru sahaja hendak sarapan. Nak tunggu anak-anak bersiap, sempat matahari naik tinggi dulu. Nak buat macam mana, nama pun kanak-kanak. Bangun tidur, layan kartun dulu. Habis mamai, baru boleh suruh mandi. Nak bersiap lain cerita pula.
Menu pagi ini ialah roti bakar dan meggi goreng telur mata. Lapar-lapar nih, semua nampak sedap.
Ali Maju menggunakan perkhidmatan WiFi Y5. Sebelum ini Sop pernah bercerita tentang WiFi Y5 yang kurang mesra pengguna mobile tetapi sekarang tidak lagi. Sop boleh online seperti biasa dengan WiFi Y5 tetapi pengguna perlu register dan lig masuk. Pendaftaran adalah percuma sahaja. Tahap kelajuan internet juga adalah memuaskan.
Alamak, ini cerita tentang sarapan atau WiFi? Di kedai Ali Maju sekarang masih ramai pengunjung yang sedang menjamu selera. Ada yang berkeluarga, dengan rakan dan sorang-sorang pun ada. Sop? Macam dalam gambar, dengan anak-anak lah. Huhhu
Jemput makan semua. ;-)
Posted via Galaxy Tab
EmoticonEmoticon