02 July 2011

Makanan barat atau makanan kampung?



Jika ditanya rakyat Malaysia, mesti memilih makanan kampung. Betul ker?

Selera Sop lebih kepada makanan kampung kerana Sop dari kampung yang telah terdedah dengan nasi sejak dari kecil. Jika tidak makan nasi untuk sehari, pasti akan rasa kekurangan pada hari tersebut.

Berbeza dengan anak Sop iaitu Azfar yang lebih suka kepada makanan barat seperti burger dan roti. Jika diberikan nasi, pasti akan sukar untuk habiskan tetapi jika burger, sebiji hanya untuk dia seorang sahaja.

Manakala Azwar pula merupakan tekak orang kampung. Dia lebih mengemari nasi berbanding makanan lain. Jika diberi burger, pasti tidak habis sebiji. Mungkin mengikut Sop yang kurang gemar makanan barat.

Bagaimana anda pula? Apa pilihan anda?

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon