16 July 2011

Layan kartun ajer ler



Apa akan jadi jika kanak-kanak mendapat remote Astro?

A) Makan remote tersebut

B) Berlari setempat

C) Tidur sambil duduk

D) Tiada jawapan di atas

Tahniah kerana menjawab dengan tepat soalan di atas.

Setiap kali anak-anak Sop menguasai remote Astro, hanya siaran kartun sahaja yang tertatar. Semua rangkaian yang hanya dipilih seperti Cartoon Network, BabyTV, Disney, Ceria dan sebagainya.

Sop hanya mampu melayan sambil online. Jika Sop tonton rancangan, maka mereka tidak akan duduk diam sehingga sukar dikawal. Tanpa TV, apa lagi yang anak-anak hendak buat?

Kadang-kala, terdapat rancangan kartun yang sangat baik yang mana berbentuk pendidikan. Malah, Azfar dan Azwar suka dengan rancangan TVIQ olrh Astro.

Jam sudah 11.30 malam, tiba masa untuk meminta mereka menutup TV. Malam minggu, mereka boleh tidur lewat sedikit.

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon