08 July 2011

Grand Plaza Hotel, Hat Yai, Thailand

Lawatan ke Hat Yai, Thailand adalah kali pertama buat Sop. Sebelum ini belum pernah lagi singgah ke sini. Ini adalah peluang untuk melihat keunikan tempat orang lain.

Grand Plaza Hotel yang terletak di tengah bandar Hat Yai ini sangat sesuai untuk di singgah. Berada di sini agak mudah untuk berjalan dan mendapatkan barang makanan halal. Kompleks membeli belah berada di sebelah dan depan hotel dan kawasan pasar tidak jauh dari sini. Kami boleh berjalan-jalan di sekitar tanpa perlu menggunakan kenderaan. Di sebelah malam, keadaan sungguh meriah di depan hotel kerana ramai peniaga yang berniaga di kaki lima.

Pada pendapat Sop, hotel ini sekitar tiga bintang sahaja tetapi cukup selesa untuk berehat. Ruang bilik yang besar dan bersih. Kemudahan yang disediakan ialah tv, mini peti ais, almari dan wifi adalah percuma.

Kos untuk semalam bilik berdua ialah RM70 sahaja. Kelihatan ramai pengunjung yang menginap di sini.

Galeri gambar:














EmoticonEmoticon