Putra Corner Setapak - Masakan Utara
Salam sejahtera semua rakan-rakan.
Sudah makan malam?
Apa menu malam ini? Banyak pula soalan yang ditanya yer. Huhuhu
Pernah makan di Putra Corner?
Gerai makan yang terletak di tepi jalan Taman Sri Rampai ini menyediakan pelbagai jenis makanan panas seperti char kuey teow, bihun sup, nai lemak dan asam pedas tembikar panas dan lain-lain lagi.
Ini adalah kali pertama kami singgah ke gerai ini. Menu yang dipilih ialah char kuew teow dan asam pedas ikan kembung. Masakan char kuew teow adalah lazat tetapi asam pedas kurang rasa sedikit. Namun begitu ia masih dalam kategori masakan yang sedap untuk dimakan.
Walaupun ia masakan gerai, harga makanan agak tinggi. Contohnya harga untuk set asam pedas ikan kembung ialah RM 7. Harga seperti di food court Jaya Jusco la pulak.
Jika anda ingin mengubah selera, bolehlah singgah untuk mencuba. Ia terletak di sekitar Restoran Wahab Cendol, Setapak.
Galeri gambar:

EmoticonEmoticon