30 June 2011

Jom belajar tampal-tampal

Potong dan tampal mampu memberi kemahiran yang baik kepada kanak-kanak dari segi ketajaman mata, fokus, teliti dan kreatif. Ia juga memberi kemahiran psikomotor kanak-kanak untuk mengawal gunting dan tangan.

Ibubapa boleh mendidik anak menggunakan gunting dan gam sejak awal 4 tahun. Namun begitu, pastikan ibubapa memberi tumpuan dan bantuan kepada anak-anak kerana ia agak berbahaya. Pastikan juga ibubapa tidak menggunakan gunting yang tajam. Terdapat gunting khas untuk kanak-kanak yang hanya boleh menggunting kertas.

Hari ini, Sop mengajar Azwar dan Azfar menggunting dan memampal. Untuk itu, Sop sediakan kertas lukisan, kertas warna, gunting dan gam. Kemahiran Azfar menggunting lebih baik berbanding Azwar. Oleh itu, Sop lebih memberi bantuan kepada Azwar.

Sop mulakan dengan melukis pada kertas warna dan meminta mereka memotongnya. Selepas memotong, gambar tersebut perlu ditampal pada kertas lukisan. Dengan sedikit kreativiti, ia mampu mendapatkan hasol yang menarik.

Apa tunggu lagi, jom gunting dan tampal bersama Azfar dan Azwar. :)

Galeri gambar:












EmoticonEmoticon