28 June 2011

Instanet jalur lebar murah



Agak lewat broadband prabayar yang dikeluarkan oleh Celcom kerana syarikat lain telah lama sediakan kepada pelanggan.

Jika dilihat secara kasar, prepaid broadband seperti murah tetapi berbeza disebaliknya. Namun begitu, kepada pengguna internet sekali sekala, pakej prabayar adalah sangat sesuai. Oleh itu, tepuk dada tanya selera sambil celuk-celuk poket juga. Huhuhuhu

KUALA LUMPUR – Celcom Axiata Bhd. (Celcom) memperkenalkan Instanet, perkhidmatan jalur lebar mudah alih prabayar yang memenuhi keperluan pengguna Internet berkala.

Ia merupakan perkhidmatan terbaik bagi mereka yang inginkan perkhidmatan serta-merta pada harga yang berpatutan dan lebih penting mereka tidak dibebani dengan komitmen langganan setiap bulan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly, Instanet memberi kebebasan kepada pengguna untuk memilih sama ada pelan bulanan, mingguan atau harian, bergantung kepada corak penggunaan mereka dan ia boleh digunakan di mana-mana lokasi dan waktu yang diingini.

“Pengenalan Instanet adalah untuk memenuhi tabiat penggunaan dan gaya hidup pelanggan kami pada masa ini,” katanya pada pelancaran Instanet di sini semalam. - Kosmo!

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon