21 June 2011

Injin kereta bunyi kucing



Pernah dengar injin kereta berbunyi kucing?

Jika belum, jom baca cerita ini.

Kejadian ini benar-benar berlaku semalam yang mana selepas balik kerja, Sop hidupkan kereta untuk balik ke rumah selepas mengambil Azfar dan Azwar.

Sementara menunggu injin panas, tiba-tiba Sop kedengaran bunyi kucing. Sop mulanya ingat bunyi kucing tersebut datang dari bawah kereta. Kemudian bunyi kucing tersebut semakin kuat apabila injin kereta semakin panas.

Apabila diamati betul-betul, baru Sop perasan yang bunyi kucing tesebut datang dari injin kereta Sop. Dengan pantas Sop matikan injin kereta dan membuka bonet kereta depan. Sungguh tidak disangka rupanya seekor kucing berada di dalam bonet tersebut.

Ia terperangkap apabila injin kereta dihidupkan. Apabila keadaan injin semakin panas, ia semakin kuat mengiaw. Semasa membuka bonet injin tersebut, dengan pantas ia melompat keluar. Tidak sempat Sop untuk mengambil gambar kenang-kenangan.

Oleh itu, pesanan kepada kucinh-kucing semua, pastikan cari 'port' yang sesuai (ada kucing baca ke blog ini? Huhuhubu)

Itulaj kisahnya injin kereta Sop berbunyi kucing. Macam-macam hal, iks iks iks :)

Terima kasih kerana sudi membaca!

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon