12 June 2011

Berbasikal di Tasik Titiwangsa

Salam 1 Malaysia semua.
Apa cerita hari ini? Semoga semua dalam keadaan baik.

Hari ini kami ke Tasik Titiwangsa untuk beriadah. Agak lama tidak berbasikal oleh Azfar dan Azwar di Tasik Titiwangsa. Banyak kali juga diminta oleh Azfar dan Azwar tetapi agak sukar kerana bonnet kereta Vios lebih kecil berbanding Waja. Sebelum ini, bonnet Waja mampu memuatkan 2 buah basikal tetapi sebaliknya dengan Vios. Oleh itu, sebuah diletak dalam bonnet dan sebuah lagi di dalam kereta.

Apabila jarang dapat berbasikal seperti ini, sangat seronok buat Azfat dan Azwar. Dengan ruang yang luas dan bebas, mereka mengayuh sepenuh hati. Kami yang melihatnya pun turut berseronok.

Seperti biasa, Tasik Titiwangsa dipenuhi dengan pengunjung yang menjalankan pelbagai aktiviti seperti jogging, berbasikal, senam tari, bermain badminton, skating dan sebagainya. Ada juga hanya bersantai dan menghayati keindahan alam.

Semoga Tasik Titiwangsa akan kekal menjadi temoat riadah yang terbaik di Kuala Lumpur.

Galeri gambar:
















EmoticonEmoticon