11 May 2011

WWWOW Award - ranking jauh ke bawah!


Pertamanya Sop ucapkan tahniah kepada DiGi dan yang terlibat dalam memberi anugerah kepada dunia internet melalui WWWOW Award. Sop lihat ia sebagai program yang membangunkan dunia internet di Malaysia.

Sop cuba juga menyertai WWWOW Award bagi kategori blogger of the year walaupun tahu setinggi mana tahap pencapaian Sop dalam dunia blog. Walaupun rendah pencapaian, Sop ingin juga sertai untuk tahu pencapaian blog Riwayat Hariku. Sekurang-kurangnya Sop boleh buat analisis dan kajian tindakan (huhuhu, berangan ajer).

Tahniah kepada rakan-rakan blogger yang turut menyertai award ini. Bukan mudah untuk menang tetapi tidak mustahil juga untuk berjaya kerana semua bergantung kepada usaha. Tinggi usaha anda, lebih luas pencapaian anda!

Sop bukan tidak usaha tetapi masa yang tidak mengizinkan untuk berusaha. Tugas harian perlu diutamakan dan blogger adalah pada masa yang terluang.

Semoga berjaya kepada rakan-rakan yang menyertainya.


EmoticonEmoticon