08 May 2011

WiFi di Malaysia teruk?

Apa pendapat anda tentang perkhidmatan internet percuma (WiFi) di Malaysia?

Rata-rata apabila melawat kedai atau restoran yang menyediakan internet di Kuala Lumpur adalah lemah. Bukan sahaja tidak laju malah kadang kala tiada akses internet langsung.

Begitu juga dengan perkhidmatan WiFi oleh hotel-hotel yang masih perlahan dan malah ada yang masih mengenakan bayaran.

Agak berbeza dengan negara-negara luar yang rata-rata menyediakan WiFi dengan baik. Tertarik dengan Hong Kong masa lawatan lepas yang mana di pondok telefon awam terdapat akses WiFi. Maknanya jika hendak mendapat WiFi, anda boleh berada sekitar pondok telefon tesebut.

Semoga negara kita juga mampu membekalkan kemudahan internet yang terbaik untuk rakyat. Jika dapat percuma, lagi baik! Siapa tidak suka barang percuma? Huhuhu

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon