10 May 2011

Pendapatan Pengiklanan 701 Panduan menjunam jatuh?

Setelah pengumuman oleh pengiklanan 701 Panduan mengenai penurunan bayaran per klik bermula 1 Mei 2011, jumlah pendapatan jatuh mendadak. Sebelum ini, jika jumlah klik 100, bayaran terkumpul ialah RM 30 untuk 30sen per klik tetapi apabila bertukar kepada 10 sen per klik, jumlah pendapatan terkumpul ialah RM 10 sahaja.

Apabila melihat kepada perkara tersebut, jumlah pendapatan agak perlahan. Bayangkan jika hanya 5 klik sehari, jumlah hari untuk layak cash out ialah 200 hari. Ia bersamaan lebih kurang 6 bulan untuk berjaya cash out. Jika purata klik kurang dari 5 kali, lagi lama untuk kumpul jumlah cash out. Bukan senang untuk untuk mendapat pendapatan bukan?

Tetapi jika RM100 dibawa ke pusat beli belah, berapa lama boleh bertahan? 1 jam? 30 minit? 5 minit?
Anda pasti ada jawapannya.. :)

Rumusan dari perkara ini ialah kita perlu berjimat cermat. Kadang kala kita terlalu boros berbelanja sehingga lupa tentang bertapa susahnya untuk mengumpul wang. Sop sendiri akui sangat boros sehingga sukar untuk menabung. Setakat kini, hanya duit syiling yang berjaya simpan ke tabung (huhuhuhu)


EmoticonEmoticon